Friday, June 5, 2009

Sunday, May 3, 2009

Dari kodiang terus kembara....

DARI KODIANG TERUS KEMBARA....

Saya berasal dari Kodiang...tepi sekarang selalu saya pulang untuk melihat kubur bapa, Mohd Saman bin Basir terletak di tanah perkuburan Kodiang. Meninggal suatu hari pada tahun 60.
Saya ingat sesudah kepergian bapa, saya masih ingat kenangan zaman lalu yang kini sentiasa berada dalam kepala saya sampai kini. Hingga sekarang masih teringat bagaimana suatu ketika dulu, zaman yang waktu di kecil saya Kodiang, terutama menjelang 60 tahun, suatu masih suasana masih bersih....

Rumah saya betul di belakang Nat Kodiang (Sabtu). Biasanya, dari atas rumah melalui tingkap yang mengadap ke nat, saya dapat melihat orang lalu dekat. Bagaimanapun, rumah di belakang Nat itu, kini sudah tidak ada lagi. Rumah ia diroboh, mungkin awal tahun 70an. Rumah itu dibina oleh bapa sebelum tahun enam puluh. Rumah keluarga kami pada waktu itu.
Rumah ada telaga dalam rumah. Saya fikir memang terfikir, bapa memang berfikiran. Dalam di bikin telaga siap dengan timbanya sekali. Ini bagi memudah anak cucu yang selalu datang ke rumah mandi mandi tak payah lagi pergi keluar rumah mencari air. Sebab itu dalam bikin telaga. Ia mudah.

Rumah dibina di bina di atas kerajaan. Rumah dulu menjadi tinggal sekeluarga. Tapi selepas bapa meninggal dunia, ia didiami oleh abang yang bernama Hassan. Agak lama juga Bang Hassan (Chan) tinggal di rumah itu. Masa itu kerja sebagai pemandu lori. Kalau tak dibawa lori milik China di Kodiang.

Dan sekarang rumah itu sudah tak ada lagi. Yang tinggal hanya kenangan bersama bersama bapa. Waktu bapa meninggal dunia, dia meninggal seorang ibu tiri saya bernama Mak Ku Chik. Beliau berasal dari Anak Bukit Kedah. Rumah Mak Ku Chik terletak di seberang sungai Pantai Johor-Anak Bukit, lebih kurang tak jauh dari istana Sultan Kedah sekarang. Setiap kali ke rumah Mak Ku Chik, terpaksa memanggil orang di seberang supaya datang ambil kami di seberang sini, sebelah di dekat istana Sultan Kedah. Bila perahu sampai, pun naik tiga empat orang di atas, perahu dikayu terus menuju ke rumah anak Tok Ku Chik di seberang sana. Begitu bila kita ke Anak Bukit yang letak tidak begitu jauh dari Alor Setar.

Waktu tidak tahu bagaimana bertemu Mak Ku Cik Chik. Tapi setahu kononnya Mak Ku Chik untuk menjaga aku yang masih pada masa itu. Kononnya kerana beliau mahu menjaga aku yang masih kecil sangat waktu itu. Mungkin umur setahun agak, kata orang begitu kira-kira waktu itu. Aku dapat tahu ibu sendiri sudah meninggal dunia. Jadi aku tak terasa sangat kehilangan ibu sendiri kerana waktu sendiri masih kecil lagi.

Bila sudah kenal hidup sikit, aku mula belajar tentang hidup di Kodiang. Bermain dengan kawan menjadi suatu mainan kecil dulu. Kami selalu berada "kuat" bermain bolasepak dengan kampung berdekatan. Biasa ada menang dan waktu kami kalah. Tapi itu tak begitu menjadi hal sangat. Adat permainan memang begitu. Tapi kecil dulu, pantang kalah. Kalau saja, bertempur dengan lawan. Siapa pun berkira sangat. Begitulah keadaan kami, begitulah....

Sampai kini masih ingat bagaimana setiap Sabtu selalu berada di nat Kodiang.
Saya ingat seorang keturunan Siam ditangkap kerana mencuri dari Nat. Saya masih bagaimana dia cuba telan yang dicuri ke dalam mulutnya. Tapi terus di bawa ke balai polis. Ketika ada Tok Aroff, seorang sarjan (silat begitu pangkat ketika itu - telah meninggal dunia) orang itu untuk dilokapkan. Tok Aroff ni asalnya dari kampung Sanglang. Sebelum dia mati, pernah membaca buku "Autobiografi: Seorang Wartawan dari Kodiang ke Jalan Riong" yang tulis. Saya masih ingat beliau berkata pada saya: "Tulis minta penerbit terbit cepat...kerana dah nak mati..." Begitu Tok Aroff pada masa itu. Bersyukur saya pada Allah kerana beliau sempat melihat buku itu sesudah ia dikeluarkan....

Tok Aroff ketika pelancaran buku dari Kodiang ke Jalan Riong...diadakan di depan Sekolah Melayu Kodiang, saya masih ingat bagaimana Tok Aroff datang dengan sebuah teksi yang sewa untukmu agar ke pejabat Sekolah Melayu Kodiang. Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff masa itu. Kebetulan masa itu, itu ada bertugas sebagai Setiausaha Akhbar beliau.

Syukur bersyukur kerana pada masa itu, Datuk Zainol Md Isa, salah seorang Exco Kerajaan Kedah masa itu, sanggup melancar buku tersebut melalui Belia 4B Malaysia. Kini Datuk Zainol pun telah meninggal dunia.

Hadir sebagai juruacara majlis hari tersebut ialah Aziz Desa, kini menjadi orang kuat TV9. Begitulah kawan lain turut hadir dalam majlis itu pada tahun 1995 itu kawan saya lain seperti Saad Nordin dan beberapa kawan lain. Mengucap ribuan terima kasih kepada Tan Sri Osman Aroff kerana melancar buku pertama oleh DBP itu di Kodiang, tempat lahir saya. Saya mengambil agak lama untuk mengucap "terima kasih" melalui blok ini. Blok yang disediakan oleh anak saya untuk saya...

DARI KODIANG KE JALAN RIONG

Apabila saya beritahu Allahyarham Datuk Zainol mengenai pelancaran buku "Autobiografi Seorang Wartawan Dari Kodiang Ke Jalan Riong", beliau meminta saya segera panggil mereka perlu yang dihubungi dengan segera. Juga menghubungi beberapa orang tertentu seperti saudara Dr Talib Samad (sekarang pensyarah di Universiti Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak) dan saudara Datuk Jaafar Rahim di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Seorang yang juga penting turut hadir ialah bekas orang kuat Dewan Bahasa dan Pustaka - silap namanya ialah Tuan Haji Johari (mewakili Pengarah DBP). Kalau nama begitulah.

Sebenarnya saya menyiapkan buku selama lebih 10 tahun. Tulis sikit-sikit. Maklum saja dulu saya berkerja. Ada masa tulis sikit-sikit. Lama jadi bukit juga. Satu ketika saya pernah temui seorang kuat Dewan Bahasa yang pernah datang ke Sungai Petani. Dia berkerja sebagai seorang pengarang salah sebuah majalah diterbitkan oleh DBP. Pada masa itu dia selalu datang ke Sungai Petani untuk mencuba sesuatu dalam politik di Sungai Petani.

Malang sekali waktu itu, saya masih mudah dan tak pandai dengan untuk mengukap peribadi orang tertentu, termasuk pengarang yang saya tertemui itu. Saya terima kata beliau seperti "sekarang susah, mahu terbit buku di Dewan Bahasa agar sukar, kerana beribu orang nak terbit terbuku di situ..." Lebih kurang begitu kata beliau. Saya terfikir juga, buku saya bakan apalah sangat....masa itulah yang fikirkan. Jadi, setakat itu fikir saya masa itu. Jadi pertemuan dengan pengarang sebuah terbit di DBP itu, mati sekarang itu jualah.

Lain pula keadaannya bila saya bertemu Sdra Talib Samad dari Dewan Bahasa Pustaka. Satu masa datang ke Berita Harian untuk terbit sebuah karya, beliau datang bersama saudara Jaafar Rahim. Beliau tiba di Berita Harian, nampak wajah Jaafar Rahim memang saya kenali beliau kerana gambarnya selalu terbit di akhbar. Tapi saudara Talib belum saya pada masa itu.

Mereka datang, mereka bersembang dengan kuat Berita Harian di meja depan sekali. Pada masa itu, saya fikir tentu mereka ada hal tertentu menyebabkan mereka mesti bertemu orang kuat di Berita Harian. Saya tidak diduga, kemudian berdua datang menemui yang waktu berada di meja belakang belakang dari banyak meja di Berita Harian.

Bersyukur pada Tuhan. Kerana Jaafar masih teringat pada saya waktu itu. Dia perkenal Talib pada saya. Pada itu mereka minta tolong kalau boleh jumpa Yunus Said (masa itu Timbalan Pengarang Berita Harian) mengenai beliau benar mereka terbitkan apa yang sedang tulis dalam Berita Harian mengenai ulama Malaysia yang tulis dalam surat kabar masa itu. Mereka kalau boleh mereka nak terbitkannya.

Bila balik saja ke Dewan Bahasa Pustaka, terus temui Yunus untuk beritahu apa diminta oleh Jaafar dan Talib tadi. Malang petang itu, Yunus berkata, tak apalah kata akan terbit sendiri. Jadi apa yang oleh Jaafar dan Talib tadi nampaknya tak jadilah.

Terus mengubungi Jaafar dan Talib dan beritahu apa yang terjadi bagaimana Yunus telah beritahu mengenai nak terbit buku itu sendiri oleh surat kabar Berita Harian. Masa itu, kalau tak Talib pernah berkata pada saya: "awak tak buku apa yang hendak diterbitkan..."

Kalau tak silap saya itu saya sambut dengan kata: ada tulis sebuah buku mengenai kehidupan saya dalam dunia kewartawanan; setakat ini belum siap lagi. Tulis sudah lama tapi tak dapat disiapkan lagi sekarang. Dia minta saya hantar salinan pada beliau dengan untuk taip oleh jurutaip di DBP sendiri. Saya pun segera hantar buku segera pada beliau.

Begitu kisah sebelum buku diterbit dulu. Ia membawa banyak rahmat dan doa. Ia bukan sekadar sebuah kisah tapi mempunyai kisah yang wajib dijadikan sebuah haburan dunia yang fana ini. Tidak seorang faham mengapa buku tiba-tiba menjadi bacaan umum. Sampai sekarang bila baca itu, air berada di tepi matanya kerana sesuatu yang benar menjadi kenangan saya dalam dunia kewartawanan.

Saya sentiasa teringat bagaimana waktu awal saya menulis dulu, saya tidak ada dalam tangan...segalanya adalah milik Allah yang kaya. Sesuatu bukan milik kita sebenarnya. Segala sesuatu milik Allah belaka. Demikian kesimpulan yang simpul daripada buku itu.

Kalau pandang ke belakang hidup ini, nampak bagaimana seorang pengarang yang hebat dari DBP pernah berkata pada; "Susah kalau terbit buku di Dewan sekarang...kerana yang nak terbitkan buku...". Kalau atas kehendak Allah juga, maka alhamdulillah, ia jadi juga. Dengan ada peristiwa Talib dan Jaafar yang ke Berita Harian untuk dapat buku yang "Ulama Malaysia" itu tiba-tiba tak jadi terbit buku itu, tiba-tiba mereka dapat sebuah buku lagi bernama "Dari Kodiang ke Jalan Riong..."

Allah....Engkau nikmatkan kehidupan Saudara Dr Talib Samad dan juga Datuk Jaafar Rahim yang telah membantu menerbitkan buku "Autobiografi Seorang Wartawan Dari Kodiang ke Jalan Riong". Melalui ruang ini, saya amat bersyukur di atas nikmat Allah; semoga Allah akan berikan hidayah ke atas kedua jasa baik mereka - Datuk Jaafar Rahim dan Dr Talib Samad - terhadap saya yang selama ini mencari kasih yang abadi sesama insan - kasih dan sayang sesama kita.

Daripada juga kita dibangunkan setiap pagi, setiap pagi juga kita panjatkan doa semoga Allah beri pada setiap kita semua keimanan dan ketasbiahan dalam yang abadi. Semoga kita mendapat berkat selamanya.

PELANCARAN "DARI KODIANG KE JALAN RIONG"

Tan Sri Haji Osman Aroff merasmikan di Sekolah Kebangsaan Kodiang. Pada pagi yang bahagia itu, ramai kawan dan rakan Exco Kedah yang hadir. Antara masih saya ingat, mereka termasuk Allahyarham Datuk Zainol Md Isa; Allahyarham Datuk Hanafi Ramli ramai lagi pada masa itu.

Waktu itu, saya masih ingat orang muncul sebagai juruhebah kita di majlis berkenaan ialah saudara Aziz Desa dengan suara yang lantang bersuara "...detik yang dapat dilupakan ialah apabila ada yang mengatakan ada yang ke lurah yang penuh duri..." katanya sering keluar dalam tv3 pada masa itu....

Walau pun telah berlalu; ingatan pada berada dalam ingatan ini. Masa itu saya sempat mencatit beberapa detik ucapan hendak disampai majlis itu: "sesudah sekian lama masa berlalu, akhir sampai masa ini saya dapat menjangkau suatu pencapaian tinggi iaitu menilai buku yang dilancar lagi sebagai sebuah kenangan ingin di sampai di sini....akhirnya menjadi sebuah harapan saya agar menjadi pengajaran kepada kita semua...

Sebenar sebenar pada waktu berucap pada mikrofon itu, mungkin seorang pun, ketika saya sebak di dalam hati saya dalam sendiri, kerana pada waktu, teringat bapa saya, Allahyarham Mohd Saman Basir yang sudah bertahun dulu pergi meninggal saya sendiri di bumi ini....Saya pernah ingin menyebut nama waktu itu, tapi apakan daya saya, kerana tidak dapat menyebut nama itu keluar ketika itu. Nama ibu yang meninggal dunia selepas melahirkan saya juga tidak dapat saya sebutkan di situ. Kerana sejak kelahiran saya, ibu pun turut pulang ke rahmatulah. Yang tinggal hanya diri saya ini masih mencari kasih sayang abadi di dunia dan akhiratnya akan ke akhirat jua.

Bagi Tan Sri Osman Aroff - sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudinya beliau melancarkan buku itu di Sekolah Kebangsaan Kodiang tempat saya pernah belajar masa kecil dulu. Saya masih ingatan bagaimana Tan Sri menyebut: "...bagaimana seorang penulis mengayakan bahasa dengan pelbagai cerita mengenai puyu dan haruan yang ada dalam bendang tulisannya..."



Rumah Haji Maaris

Saya ingat bagaimana pada suatu, saya selalu kena pergi ke rumah Tok Haji Maaris (sudah meninggal dunia) untuk belajar al-Quran. Kadang dengan kawan selalu saja main - belajar sambil main, seronok begitu.

Tok Haji Maaris mengajar anak murid secara pondok. Ramai yang datang ke rumah untuk belajar mengaji al-Quran. Dalam itu, dia selalu minta tolong murid tolong buat itu dan ini. Waktu ini teringat Tok Guru Haji Maaris; antara guru yang pernah mengajar saya belajar al-Quran.

Lebih kurang sama dengan Ustaz Majid yang guru mengajar al-Quran di Sekolah Melayu Kodiang. Ustaz Majid pun sama Haji Maaris. Selalu suka mengaji al-Quran. Masa itu Ismail Hashim jadi qari utama di Malaysia. Kalau mengaji al-Quran selalu ikut stail Ismail Hashim. Ia sampai terbawa kepada kita muridnya.

Sampai satu hari, bila bekerja dengan Berita Harian dah bekerja dengan akhbar ini, diadakan musabaqah al-Quran setiap bulan puasa. Saya selalu memasuk musabaqah itu, walaupun tak pernah, juga alah jauh sangat. Kini barangkali kesan pengajaran daripada ustaz Majid dan Haji Maaris pada masa kecil dulu.

Kecil dulu saya diasuh boleh guru agama seperti Tuan Haji Jusoh, Haji Ismail dan beberapa orang. Tuan Haji Jusoh memang guru yang selalu guna "ketam" mencuba bahu kita. Dia selalu buat kita rasa "ketam" dari kuku yang agak pajang. Beza dengan Tuan Haji Ismail, lebih banyak menggunakan cara psyakologi. Tapi semua guru dulu sebenar baik belaka.

Begitu pula dengan guru Sekolah Melayu Kodiang dulu, termasuk guru besar, Cik Gu Saad. Mereka juga banyak bawa impak yang besar pada saya. Macam Cik Gu Ripin, ia menampar saya tapi semua meletakan pada wajah "sebuah seyuman" yang sangat jauh maknanya. Dari jarak jauh, merupakan penampak menampak saya cahya suluh yang jauh untuk hidup ini.

Waktu di Sekolah Melayu dulu, lagi memang seorang yang sangat nakal orangnya. Apa itu bapa saya masih.

Tuesday, April 21, 2009

Melayu jangan malu tutur bahasa sendiri


SESUDAH lebih 40 tahun merdeka, orang Melayu boleh dikatakan masih terus mencari jati diri dalam hal ehwal budaya, khususnya bahasa. Dalam soal bahasa, kita masih berdepan dengan pengaruh bahasa Inggeris yang terlalu kuat ‘kuasanya’ ke atas kita.

Psikologi malu bertutur Melayu, terutama pada majlis tertentu, masih membelenggu sebilangan orang Melayu sejak sebelum merdeka hingga sekarang.

Ramai antara kita kalau bercakap Melayu tanpa menyebut istilah Inggeris merasakan ayat yang diucapkan seperti ‘tidak sah’. Sejak 1960 sewaktu usia saya belasan tahun, saya selalu berdepan dengan kawan rakan dan masyarakat yang selalu menuturkan ayat seperti: “I ingat you all tak datang….”; “We all nak tahu juga how’s thing going on now..”; “Ok, don’t you ever say I tak suka you…” dan pelbagai lagi.

Kecenderungan mencampuradukkan bahasa ini akhirnya menjadikan bahasa Melayu dikenali sebagai apa yang disebut sekarang ‘bahasa rojak’. Sebenarnya keadaan dan suasana ini berterusan wujud kerana pelbagai punca. Antaranya, semangat kecintaan terhadap ‘harta budaya’ milik jati diri sendiri amat nipis dalam jiwa orang kita.

Inggeris mungkin sudah lama meninggalkan tanah air kita tetapi semangatnya terus-menerus dipupuk subur, terutama melalui golongan yang terus-terusan menjadi penyambung lidah mereka di negara kita.

British yang sekian lama menjajah kita memang arif mengenai latar budaya anak bangsa ini yang amat mudah terpengaruh dengan budaya asing. Walaupun zaman Inggeris sudah berlalu, mereka terus menyusupkan kesinambungan budaya mereka ke bekas tanah jajahannya.

Melalui keterbukaan media zaman ini, Inggeris atau Barat yang ingin terus menguasai dunia melalui konsep globalisasi tidak henti-henti mengutuskan propaganda budayanya ke alam Melayu. Meskipun kita sudah lebih 40 tahun merdeka, generasi ketiga dan keempat selepas merdeka di negara ini masih terus galak membumbui nilai budaya asing.

Menjadi sesuatu yang lebih malang lagi ialah sebilangan orang kita tidak yakin, bahkan malu bercakap bahasa sendiri kerana ia dianggap tidak lengkap dan serba lekeh belaka. Demikianlah kesan psikologi lekeh pada bahasa ibunda sendiri yang ditanam Inggeris kepada anak bangsa kita yang pernah dijajah mereka hampir 100 tahun.

Persoalan inilah yang dibangkitkan pensyarah Fizik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mohd Yusof Othman pada Seminar Kebangsaan Sains dan Teknologi Dalam Pembinaan Tamadun 2004 anjuran Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di Melaka, baru-baru ini.

Ketika membentangkan kertas kerja ‘Sains dan Teknologi: Tamadun Barat dan Cabaran Globalisasi’, Dr Yusof yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UKM, bertanya: “Hinakah kita menjadi Melayu?”

Soalan itu kemudian dijawabnya sendiri: “Tidak ada hinanya kita menjadi Melayu dan tidak ada hinanya kalau kita tidak bercakap orang putih”.

Dr Yusof bersetuju persepsi pemikiran Melayu terhadap bahasa dan budayanya sendiri harus diubah. Sudah melampaui masanya, kita sepatutnya sudah lama bangga terhadap budaya dan bahasa sendiri.

Kalau dikaji, budaya dan bahasa Melayu cukup tinggi peradabannya. Ia menjadi lingua franca kepada lebih 200 juta umat dunia. Bahasa Melayu bukan hanya dituturkan oleh orang Melayu di Malaysia tetapi meliputi seluruh kepulauan Melayu dan hampir seluruh pusat pengajian tinggi dunia mempunyai jabatan pengajian Melayu.

Kalau kita tidak lupa, pelbagai sarjana asing yang fasih berbahasa Melayu pernah muncul dalam media massa tempatan, mempamerkan betapa mereka menyanjung tinggi bahasa Melayu yang dianggap halus dan indah itu.

Anehnya, sebilangan anak bangsa kita sendiri berasa diri terlalu lekeh dan hina kalau bercakap Melayu. Inilah delima bangsa kita yang seharusnya mendapat perhatian sewajarnya daripada pelbagai pihak.

Tokoh budaya dan bahasa, Datuk Hassan Ahmad, amat yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila beliau menyatakan, pelbagai karya besar dunia dari Aristotle hingga Plato dan seumpamanya sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

“Bayangkan bahasa Melayu yang kecil kini dikuasai lebih 200 juta penduduk dunia. Kuasanya merentasi sempadan etnik secara luar biasa. Bahasa ini hendaklah dipupuk agar ia menjadi bahasa yang terus kuat,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia berkata, bahasa Melayu bukan saja menjadi bahasa yang unggul dalam akademik tetapi juga dalam komponen kehidupan politik, ekonomi dan sosial.

Keunggulan bahasa Melayu seharusnya dipelihara, terutama oleh golongan yang memegang tampuk kekuasaan dalam pelbagai peringkat jurusan kehidupan.

Dalam hubungan ini, usaha murni seperti yang dilakukan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, sebuah syarikat milik penuh kerajaan Melaka dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wilayah Selatan, menganjurkan Seminar Pembanterasan Bahasa Rojak mulai 8 hingga 9 Jun menjadi titik tolak yang cukup baik ke arah memelihara kemurnian dan keunggulan bahasa Melayu.

Ucaptama bertajuk ‘Bahasa Rojak Dan Kesannya Terhadap Citra Bangsa’ yang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim sudah pasti mengandungi pelbagai petunjuk bagaimana pencemaran akan terus berlaku pada bahasa kita jika ia tidak dirawat segera.

Selain itu persoalan peranan media massa dalam memartabatkan bahasa Melayu menjadi agenda yang tidak kurang penting dalam seminar ke arah menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan memelihara bahasa Melayu daripada terus dirojakkan oleh bangsanya sendiri.

Soalan Dr Yusof itu wajar dipantak ke dalam pemikiran seluruh bangsa agar ia menjadi suatu titik menungan mendalam bagi kita semua.

Saya amat yakin apabila Dr Yusof menimbulkan soalan itu, ia tidak sama sekali mempertikaikan bahasa asing sebagai bahasa ilmu. Setiap anak bangsa seharusnya mengejar pelbagai ilmu dalam apa jua bahasa.

Kita tidak pernah menyempitkan pemikiran dengan sikap tidak mahu mempelajari bahasa itu kerana ia bukan bahasa kita. Bukan ini sikap yang perlu dibina dalam masyarakat kita sekiranya kita mahu maju tetapi apa yang penting ialah kita perlu menjaga dan mengutamakan bahasa Melayu dalam semua lapangan hidup di samping tidak mengabaikan tanggungjawab untuk mempertingkatkan ilmu melalui pelbagai bahasa di dunia.

Hal ini dipersetujui oleh Pensyarah bahasa Tionghua dari Universiti Malaya, Prof Madya Obaidellah Muhamad yang menyifatkan mempelajari bahasa asing itu penting tetapi ia tidak terhad kepada bahasa Inggeris semata-mata.

“Kalau boleh, kita perlu menterjemahkan semua buku ilmu dan buku sastera-budaya asing daripada pelbagai bahasa di dunia ke dalam bahasa Melayu. Dengan itu, bahasa kita akan menjadi suatu bahasa yang kaya dengan ilmu pengetahuan,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar Jabatan Terjemahan di DBP dihidup dan diaktifkan semula agar lebih banyak karya besar dunia dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Prof Obaidellah berkata, orang Melayu boleh mendapatkan pelbagai ilmu di dunia melalui kerja penterjemahan yang gigih oleh badan bahasa di negara kita sendiri.

Ilmu, amal pertingkat martabat manusia

Berita Harian
21 Jun, 2004
ms 11
Rencana

SEPANJANG zaman, ilmu menjadi penyuluh kehidupan dan penjana intelektual manusia ke arah kesejahteraan. Mengikut Islam, ilmu yang seimbang pula akan melorongkan manusia kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Pengarah Pusat Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yusof Othman, berkata bagi sarjana Barat, umumnya tingkah laku manusia adalah dijana oleh rangsangan yang diberikan oleh seseorang kepada suasana persekitarannya.

Justeru, wujud perbincangan yang hebat mengenai tingkah laku manusia seperti yang dikemukakan ahli psikologi Barat yang terkenal seperti Freud, Skinner, Carl Roger, Abraham Maslow dan lain-lain.

Dalam hubungan itu, kalangan sarjana Islam tidak menolak kajian yang dilakukan oleh sarjana Barat.

Namun, bagi sarjana Islam seperti Ibn Khaldun, al-Ghazali, Ibn Sina, Syed Hossein Nasr dan lain-lain, ilmu mempunyai hierarki tersendiri dan manusia mempunyai beberapa tingkatan intelek yang membolehkannya menjana tingkah lakunya kepada persekitaran seperti berjiwa sensitif, rasional dan menjadi ejen keintelektualan itu sendiri.

Dr Yusof berkata, setiap tahap intelek itu mempunyai fungsi yang tersendiri tetapi berada dalam jiwa yang satu yang membangunkan manusia. Ilmu dan pemikiran adalah dua elemen yang saling berhubung kait antara satu sama lain. Banyak persoalan, pendekatan yang berkisar kepada pro dan kontra sering diperkatakan mengenai hal ehwal pemikiran ini.

Dalam pada itu, katanya, kita juga turut gusar dengan pendekatan yang kadang kala menolak fungsi utama yang ada pada seseorang insan, yakni fungsi roh.

Dr Yusof yang juga profesor di Jabatan Fizik UKM berkata, pemikiran dalam konteks sarjana Barat hanya menekankan aspek intelektual dan kaedah berfikir yang diasaskan kepada pemikiran logik, mantik, rasional dan mengkesampingkan persoalan roh, malah sebahagian daripada mereka menolak langsung fungsi roh itu.

Akibatnya, bagi sebahagian sarjana Barat, pemikiran adalah unsur terpenting untuk mengeksploitasi segala apa yang ada di sekitarnya. Kaedah tertentu yang dimulai dengan aspek pemikiran digunakan dalam proses eksploitasi ini.

Dari aspek lain pula, jelasnya, sebahagian sarjana membataskan pemikiran hanya sebagai kegiatan minda yang beroperasi dalam tempurung kepala manusia.

Ahli neurologi, misalnya melihat bagaimana pemikiran terjana melalui proses penghantaran maklumat, pencernaan dan analisis dan bagaimana proses kognisi berlaku kepada diri seseorang insan.

Bagaimanapun, pada pandangan sarjana Islam, pemikiran tidak dapat dipisahkan daripada amalan yang memerlukan kepada tata kaedah pemikiran itu sendiri. Ini termasuk dalam tata kaedah berfikir yang menjana pemikiran adalah adab, akhlak dan nilai estetika serta etika tinggi yang berpaksi kepada tuntutan rohani.

Dr Yusof yang setakat ini menghasilkan hampir 20 buku ilmiah, termasuk sains fizik dan agama, berkata, ilmu yang dijanakan hasil daripada diri yang bersedia untuk melakukan proses berfikir, mendapatkan maklumat setepat mungkin dan memberikan makna terbaik kepada maklumat yang diperoleh dalam lingkungan tertentu, menjamin kelangsungan sesuatu ilmu itu agar terus berkembang subur.

Namun, hakikat sebenar manusia mendapatkan ilmu adalah untuk menentukan kebenaran hakikat mengenai kedudukan sesuatu perkara. Bagi sarjana Islam, ilmu bukan sekadar kedatangan maklumat kepada diri insan mengenai kedudukan sesuatu perkara.

“Orang berilmu bukan sekadar orang yang informatif, tetapi juga orang yang dapat memahami hakikat mengenai kedudukan sesuatu perkara, menghadirkan makna mengenai maklumat yang diperoleh berdasarkan falsafah dan lingkungan yang menghasilkan maklumat itu.

Melihat pelbagai aspek itu, sudah tentu kita dapat berasakan betapa ilmu itu terlalu penting dalam kehidupan insan. Ilmu tidak mempunyai sebarang erti kepada seseorang sekiranya ia tidak membantu orang itu berperanan dalam kehidupan di dunia ini” katanya.

Dr Yusof berkata, sewajarnya lebih banyak ilmu yang diperoleh seseorang, lebih tinggi fungsi yang dapat dimainkan untuk memakmurkan alam dalam lingkungan di mana seseorang itu berada.

Lebih menarik, Dr Yusof berkata, ilmu juga seharusnya dapat meningkatkan kerjaya seseorang.

Lebih lama seseorang itu menceburi sesuatu bidang kerjaya, lebih fahamlah dia mengenai kedudukan dirinya dalam perspektif pembangunan masyarakat keseluruhannya.

Malah, dalam aspek tertentu, dia juga dapat memahami peranan dirinya dalam memajukan sesebuah organisasi.

Sebagai penjana ilmu dan makhluk yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi Allah ini, manusia juga perlu tahu bagaimana cara dan kaedah untuk berusaha ke arah meningkatkan ilmu yang ada pada dirinya.

Sekiranya diterima bahawa maklumat itu asas kepada penjanaan dan peningkatan ilmu, maka usaha untuk mendatangkan maklumat sebanyak mungkin perlu dilaksanakan.

Oleh sebab pada masa yang sama manusia tidak boleh membebaskan dirinya daripada aspek kerohanian, maka usaha mendatangkan maklumat tidak boleh dipisahkan daripada usaha meningkatkan adab dan akhlak yang baik.

Ilmu dan sistem nilai mendatangkan maklumat kepada diri di samping untuk mengenali nilai terpuji, seseorang itu memerlukan pengalaman.

Di antara realiti yang ingin dicapai pada keadaan sebenar yang berada dalam lingkungan ilmu yang ingin ditingkatkan, ada pengalaman diri. Ini memerlukan hikmah.

Walaupun tidak dapat dinafikan hikmah adalah anugerah Allah kepada manusia, kegagalan manusia merealisasikan hakikat sebenar mengenai sesuatu perkara akan mencacatkan pembangunan keilmuan.

Saidina Ali pernah menyebut bahawa hikmah adalah ‘barang’ yang amat berharga yang mungkin hilang daripada umat sekiranya tidak diusahakan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya

Dr Yusof berkata, walaupun secara unggulnya melalui ilmu yang dimiliki manusia inginkan kesempurnaan, tetapi kesempurnaan itu sendiri adalah keunggulan yang tidak mungkin dicapai sepenuhnya.

Dengan demikian, antara keunggulan yang ingin dicapai dan ketidaksempurnaan dan ketidakpuasan diri mengenai kedudukan suasana sebenar yang ada akan memungkinkan manusia untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian diri, organisasi dan masyarakat mereka.

Rasa tidak puas hati dengan apa yang ada sewajarnya tidak mendatangkan kekecewaan kepada manusia, tetapi sebaliknya menjadikan manusia terus berusaha untuk mencapai keunggulan dan kesempurnaan yang diidamkan.

Ilmu sebenar yang dimiliki oleh seseorang itulah yang menjadikan dirinya terus berusaha tanpa jemu untuk mempertingkatkan prestasi diri, masyarakat, negara dan tamadunnya.

Tamadun insan yang sebenarnya bukanlah semata-mata dibatasi oleh faktor geografi, budaya dan kehidupan ekonomi, sosial, politik tetapi unsur asas yang membangunkan tamadun manusia adalah kekuatan ilmu yang dimiliki oleh umat dalam sesuatu masyarakat.

“Aset terpenting pembangunan adalah insan berilmu yang dapat dimanfaatkan ilmunya untuk pembangunan keseluruhannya. Dengan demikian, usaha membangunkan budaya ilmu perlulah dilaksanakan pada semua peringkat dan dalam segala aspek kehidupan manusia. Natijah daripada pembangunan budaya ilmu akan menjelmakan segala pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang sihat yang mensejahterakan umat yang berada di dalamnya,” kata beliau.

Dr Yusof berkata, perbincangan mengenai pemikiran dan ilmu adalah sesuatu yang ada hubungannya dengan kebahagiaan dan dalam konteks ini, kebahagiaan yang dimaksudkan itu tentulah kebahagiaan yang seimbang antara dunia dan akhirat.

Tanpa kebahagiaan yang seimbang, kebahagiaan yang dicari oleh manusia, dalam konteks ini – manusia Muslim – tentulah akan menjadi tempang. Ini kerana mengejar kekayaan dunia semata-mata atau sebaliknya hanya mengisi keilmuan agama semata-mata di dalam diri, tidak mampu menjana keilmuan yang abadi sebagai seorang hamba Allah.

“Apalah ertinya ilmu yang dimiliki sekiranya ia hanya membebankan pemiliknya. Sewajarnya ilmu bukan saja dapat membahagiakan diri pemiliknya, malah mereka yang berada dalam ufuk ilmu itu sendiri, termasuk keluarga, sahabat handai, masyarakat, negara dan tamadun keseluruhannya,” katanya.

Memiliki insan yang berilmu bererti memiliki insan yang bermaklumat.

Memiliki insan bermaklumat pula akan menjebakkan diri kepada perbezaan pandangan mengenai pendekatan untuk menyelesai dan membangunkan sesuatu program yang berfaedah.

Hanya dengan mempunyai mereka yang berjiwa besar, mereka yang mampu untuk berbeza pendapat dengan berpandu nilai adab dan akhlak yang tinggi, yang berpegang kepada falsafah hidup yang jelas, barulah kebahagiaan akan terjelma, jelasnya.

Apa yang diperkatakan oleh Dr Yusof ini mengingatkan saya pada secebis ceramah oleh Prof Mokhtar Lintang pada era 60-an yang berbunyi:

“Manusia sering mencari kebahagiaan tetapi malangnya dalam pencarian itu, manusia tidak pernah tahu di manakah alamat sebenar kebahagiaan yang dicarinya itu.”

Mengkhutbahkan isu penjagaan alam sekitar

Oleh: Tajuddin Saman

USAHA membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar terus dipergiatkan secara intensif oleh pihak yang bertanggungjawab, khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.


Baru-baru ini dalam kempen kesedaran melalui Minggu Alam Sekitar Kebangsaan 2006, satu pendekatan khas bagi memenuhi tujuan itu dilaksanakan menerusi mimbar khutbah Jumaat di semua masjid di seluruh negara.

Kandungan teks khutbah itu disediakan tokoh agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar dan Jakim tentunya akan membuahkan hasil yang amat positif.

Jakim mempunyai banyak input mengenail hal ehwal alam sekitar menurut pandangan Islam. Justeru, kerjasama antara Jakim dan JAS pasti akan memantapkan lagi usaha ke arah membangkitkan kesedaran masyarakat, khususnya di kalangan umat Islam sendiri.

Umat Islam sewajarnya merasakan diri masing-masing bertuah kerana agama kita amat mementingkan kebersihan diri dan alam sekitar.

Sebagaimana yang disarankan dalam khutbah khas itu, kita harus menghargai setiap pemberian nikmat daripada Allah yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan dengan sebaik mungkin, terutama nikmat air, udara, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan ciptaan lain sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di muka bumi ini.

Manusia diamanahkan sebagai ‘khalifah’ untuk memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini dengan baik di samping mengguna pakai segala keperluan untuk urusan kehidupan masing-masing secara berhemah tanpa melanggar segala batasan yang digariskan oleh Allah dalam al-Quran dan hadis Rasulullah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.”

Namun, manusia tetaplah manusia. Naluri dan langkah perbuatannya tetap berbeza antara satu dengan lain. Ada antara kita yang bersedia mengikuti lunas yang digariskan Islam manakala tidak kurang pula yang terlupa hakikat diri dan kehidupan yang sementara di dunia ini lalu melakukan segala-galanya berpandukan permintaan nafsu semata-mata.

Justeru, hari ini masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, air, pembuangan sisa toksik, penebangan hutan tidak terkawal, pengurangan sumber bumi dan seumpamanya menyebabkan berlaku dan hilangnya ketidakseimbangan kepada alam sekitar itu sendiri.

Permasalahan ini kian menjadi ancaman kepada manusia dan alam. Ia juga menjadi topik perbincangan yang semakin hangat diperkatakan pelbagai lapisan masyarakat.

Persoalan ini asalnya bermula daripada sikap tamak dan lalai manusia sendiri - tidak kira sama ada ia sikap seorang pekerja biasa atau pengusaha firma yang mengeluarkan bahan mencemarkan alam sekitar atau pembuat dasar yang akan turut memberi kesan tertentu kepada alam kita ini.

Pengabaian sikap manusia terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar itu boleh menjurus kepada timbulnya ‘krisis’ yang terpaksa ditanggung bebannya oleh semua orang.

Ironinya ialah pelaku yang ‘mengancam dan memusnahkan’ alam sekitar itu mungkin hanya 000.1 peratus sahaja tetapi yang terpaksa menanggung risikonya ialah seluruh penduduk, termasuk flora dan fauna serta segala isi alam anugerah Allah ini.

Hakikat inilah yang menyebabkan pihak yang bertanggungjawab mengambil pelbagai pendekatan untuk membangkitkan kesedaran umum terhadap soal pemuliharaan alam sekitar.

Kita tidak boleh lagi menganggap persoalan ini sebagai perkara remeh-temeh dan tidak perlu diberikan perhatian mendalam.

Sebaliknya, bayangkan apa akan terjadi kalau sungai kita penuh dengan keladak sampah-sarap, sisa toksik dan semakin kering kontang? Kalau ini terjadi, di mana kita mahu mencari air untuk diminum dan untuk kegunaan lain?

Ketika ini keadaan berkenaan belum terjadi lagi dan sungai kita, walaupun ada yang tercemar tetapi kita masih lagi boleh ‘bermewah-mewah’ menggunakan airnya tetapi sekiranya semua ini tidak dijaga dan dirawat dengan baik serta betul, segala kemungkinan boleh saja berlaku.

Justeru, sebelum terhantuk, eloklah kita tengadah dahulu tetapi kalau sudah berlaku, perkataan apa pun tidak mungkin boleh mengubatinya lagi.

Waktu itu, kita mungkin tidak mahu menyalahkan diri sendiri, tetapi dalam keadaan sedemikian kelak (jika ia terjadi), keadaan yang terbalik mungkin berlaku iaitu ‘diri kita akan menyalahkan kita’ kerana selama hidup ini kita sentiasa menganggap soal pemuliharaan alam sekitar ini sebagai perkara yang remeh-temeh atau perkara ‘main-main’ saja.

Hal ini mengingatkan penulis kepada sinopsis filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee ‘Pendekar Bujang Lapok’ di mana anak gadis guru silat pak guru Wak Mustarjo dilarikan perompak. Waktu dia mengejar perompak itu, dia terserempak dengan Ramlee, Aziz dan Sudin yang kebetulan masa itu sedang ‘bertapa’ di tanah kuburan itu.

Melihat muridnya, Wak Mustarjo segera memaklumkan apa yang terjadi. Malangnya ketiga-tiga murid itu menjawab: “Cobaan!!”

Apakah nanti kalau air di sungai kita benar-benar penuh keladak sampah, sisa toksik dan segala macam bahan buangan lain, kita juga akan menjerit perkataan yang sama? Adegan filem dan realiti kehidupan tentu banyak bezanya.

Sumber: Harian Metro Online (Minda)

Mengkhutbahkan isu penjagaan alam sekitar

Oleh: Tajuddin Saman

USAHA membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar terus dipergiatkan secara intensif oleh pihak yang bertanggungjawab, khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.


Baru-baru ini dalam kempen kesedaran melalui Minggu Alam Sekitar Kebangsaan 2006, satu pendekatan khas bagi memenuhi tujuan itu dilaksanakan menerusi mimbar khutbah Jumaat di semua masjid di seluruh negara.

Kandungan teks khutbah itu disediakan tokoh agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar dan Jakim tentunya akan membuahkan hasil yang amat positif.

Jakim mempunyai banyak input mengenail hal ehwal alam sekitar menurut pandangan Islam. Justeru, kerjasama antara Jakim dan JAS pasti akan memantapkan lagi usaha ke arah membangkitkan kesedaran masyarakat, khususnya di kalangan umat Islam sendiri.

Umat Islam sewajarnya merasakan diri masing-masing bertuah kerana agama kita amat mementingkan kebersihan diri dan alam sekitar.

Sebagaimana yang disarankan dalam khutbah khas itu, kita harus menghargai setiap pemberian nikmat daripada Allah yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan dengan sebaik mungkin, terutama nikmat air, udara, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan ciptaan lain sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di muka bumi ini.

Manusia diamanahkan sebagai ‘khalifah’ untuk memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini dengan baik di samping mengguna pakai segala keperluan untuk urusan kehidupan masing-masing secara berhemah tanpa melanggar segala batasan yang digariskan oleh Allah dalam al-Quran dan hadis Rasulullah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.”

Namun, manusia tetaplah manusia. Naluri dan langkah perbuatannya tetap berbeza antara satu dengan lain. Ada antara kita yang bersedia mengikuti lunas yang digariskan Islam manakala tidak kurang pula yang terlupa hakikat diri dan kehidupan yang sementara di dunia ini lalu melakukan segala-galanya berpandukan permintaan nafsu semata-mata.

Justeru, hari ini masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, air, pembuangan sisa toksik, penebangan hutan tidak terkawal, pengurangan sumber bumi dan seumpamanya menyebabkan berlaku dan hilangnya ketidakseimbangan kepada alam sekitar itu sendiri.

Permasalahan ini kian menjadi ancaman kepada manusia dan alam. Ia juga menjadi topik perbincangan yang semakin hangat diperkatakan pelbagai lapisan masyarakat.

Persoalan ini asalnya bermula daripada sikap tamak dan lalai manusia sendiri - tidak kira sama ada ia sikap seorang pekerja biasa atau pengusaha firma yang mengeluarkan bahan mencemarkan alam sekitar atau pembuat dasar yang akan turut memberi kesan tertentu kepada alam kita ini.

Pengabaian sikap manusia terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar itu boleh menjurus kepada timbulnya ‘krisis’ yang terpaksa ditanggung bebannya oleh semua orang.

Ironinya ialah pelaku yang ‘mengancam dan memusnahkan’ alam sekitar itu mungkin hanya 000.1 peratus sahaja tetapi yang terpaksa menanggung risikonya ialah seluruh penduduk, termasuk flora dan fauna serta segala isi alam anugerah Allah ini.

Hakikat inilah yang menyebabkan pihak yang bertanggungjawab mengambil pelbagai pendekatan untuk membangkitkan kesedaran umum terhadap soal pemuliharaan alam sekitar.

Kita tidak boleh lagi menganggap persoalan ini sebagai perkara remeh-temeh dan tidak perlu diberikan perhatian mendalam.

Sebaliknya, bayangkan apa akan terjadi kalau sungai kita penuh dengan keladak sampah-sarap, sisa toksik dan semakin kering kontang? Kalau ini terjadi, di mana kita mahu mencari air untuk diminum dan untuk kegunaan lain?

Ketika ini keadaan berkenaan belum terjadi lagi dan sungai kita, walaupun ada yang tercemar tetapi kita masih lagi boleh ‘bermewah-mewah’ menggunakan airnya tetapi sekiranya semua ini tidak dijaga dan dirawat dengan baik serta betul, segala kemungkinan boleh saja berlaku.

Justeru, sebelum terhantuk, eloklah kita tengadah dahulu tetapi kalau sudah berlaku, perkataan apa pun tidak mungkin boleh mengubatinya lagi.

Waktu itu, kita mungkin tidak mahu menyalahkan diri sendiri, tetapi dalam keadaan sedemikian kelak (jika ia terjadi), keadaan yang terbalik mungkin berlaku iaitu ‘diri kita akan menyalahkan kita’ kerana selama hidup ini kita sentiasa menganggap soal pemuliharaan alam sekitar ini sebagai perkara yang remeh-temeh atau perkara ‘main-main’ saja.

Hal ini mengingatkan penulis kepada sinopsis filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee ‘Pendekar Bujang Lapok’ di mana anak gadis guru silat pak guru Wak Mustarjo dilarikan perompak. Waktu dia mengejar perompak itu, dia terserempak dengan Ramlee, Aziz dan Sudin yang kebetulan masa itu sedang ‘bertapa’ di tanah kuburan itu.

Melihat muridnya, Wak Mustarjo segera memaklumkan apa yang terjadi. Malangnya ketiga-tiga murid itu menjawab: “Cobaan!!”

Apakah nanti kalau air di sungai kita benar-benar penuh keladak sampah, sisa toksik dan segala macam bahan buangan lain, kita juga akan menjerit perkataan yang sama? Adegan filem dan realiti kehidupan tentu banyak bezanya.

Sumber: Harian Metro Online (Minda)

Wartawan, Penulis dan Jurufoto Dipelawa Daftar PKWPMM

17/3/2009 3:23:28 PM

Pengirim: Samsudin Bin Oli Mohamed


JITRA – Wartawan, penulis, jurufoto, pemberita sambilan, bekas wartawan dan penulis blog melayu samada media cetak ataupun media elektronik dipelawa mendaftar sebagai ahli dalam Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPMM) bagi menyatu dan melindungi kepentingan golongan ini samada dalam bentuk kebajikan ataupun pekerjaan.

Presiden pertama PKWPMM Dr Alias Mohamed berkata, penubuhannya ialah untuk memperjuangkan hak dan nasib mereka dalam arena kewartawanan dan juga penulisan.

Katanya walaupun Gapena dan Pena telah mewakili badan penulis namun ruang lingkup yang luas seperti bekas wartawan dan jurufoto atau wartawan sambilan juga perlu diletakkan ditahap yang tinggi kerana mereka juga memainkan peranan yang sama cuma tidak dilantik sebagai kakitangan tetap dalam sesebuah syarikat akhbar.

Menyentuh mengenai aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan dalam pertubuhan ini beliau berkata pihak jawatankuasa telah bermesyuarat dan mengariskan beberapa aktiviti antaranya mengadakan landasan kegiatan inetelektual, sosial, aktiviti penulisan, forum, seminar, mengadakan kunjungan dan menjalinkan hubungan dengan wartawan dan penulis melayu di negara-negara Asean khususnya.

“Seperkara yang menarik lagi keuntungan dan hasil daripada wang yang dikumpul oleh pertubuhan ini akan digunakan untuk memberi peluang kalangan ahlinya untuk menimba ilmu atau untuk memajukan diri mereka,”katanya lagi.

Dr Alias berkata, penyertaan untuk menjadi ahli terbuka kepada semua orang melayu yang menjadi wartawan, penulis, jurufoto, bekas wartawan atau jurufoto, penulis blog dimana-mana akhbar, majalah atau internet samada sebagai ahli biasa, ahli bersekutu atau ahli kehormat.

Pihaknya juga mengalu-alukan penyertaan dikalangan intelek atau mana-mana organisasi yang ingin turut serta dan memajukan pertubuhan ini.

Bagi kalangan pelajar untiversiti dan kolej-universiti mereka juga boleh diterima sebagai ahli tetapi perlu mendapat kebenaran secara bertulis dari Naib Canselor atau Rektor mereka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Mesyuarat Agung pertamanya yang dirasmikan oleh Perunding Kanan ISIS Tan Sri Dato’ Mazlan Nordin di Universiti Malaya baru-baru ini juga menyaksikan Dr Alias Mohamed telah dilantik sebagai Presiden pertama PKWPMM.

Turut dilantik Mior Kamarulbaid Mior Shahid (Timbalan Presiden), Mohd Salleh Anjah (Setiausaha Agung), Tajuddin Saman (Bendahari Agung), Jamudin Idris (Penolong Setiausaha Agung) dan ahlijawatankuasa lain yang dilantik ialah Abdul Rahim Abdullah (Agama) Rahamah Saad, Md Radzi Mustapha (Politik), M.Hanafiah A. Samad (ekonomi), Abdul Manan Oshman, Wan Ahmad Wan Hassan, Azhar Kasim (Budaya), Endut Mat Ali, Saad Nordin, Samsudin Oli Mohamed (Pendidikan), Mohamad Ibrahim dan Rahim Lajis.

Sempena mesyuarat agungnya tiga ahli panel turut dijemput untuk membincangkan forum “Peranan Media Kerajaan dan Media Swasta Dalam Memperkasakan Agenda Negara” iaitu Pensyarah, Pusat Pengajian Media dan komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Norila Mohd Daud, Penulis Blog Zaharin Mohd Yasin dan di Pengerusikan oleh Datuk Ahmad Rejal Arbee.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli pertubuhan ini boleh menghubungi 03-92831316 /03-92822903 (Kuala Lumpur), 019-4502088 (Pulau Pinang), 012-4493938 (Kedah), 017-4009323 (UUM / Perlis) dan 012-5304137 (UUM / Kedah).

Daripada:
Samsudin Bin Oli Mohamed
Pengerusi Biro Pendidikan
PKWPMM
Tel: -017-4009323